PROJEK KAMI
.png)
PROJEK GENG BAJU SEKOLAH ini diilhamkan oleh Anakanda Nur Ellyana Rashlina, murid SK Jalan Empat Bandar Baru Bangi (Kelas 6C6/2018) dan Adik-adiknya, Muhammad Danial Rashdan (5C1) Muhammad Adlan Rashdan (4C9) dan Nur Ellysha Rashlina (Kelas 4C6/2023) dibantu oleh Group KSIB JEPS bagi mengadakan Projek Keusahawanan di sekolah. Idea ini disokong oleh Guru Besar dan inisiatif ini dijalankan bersama dengan IbuAyah di bawah Unit Keusahawanan.
Pada tahun ini 2024, Anakanda Ellyana (Penuntut KVPC - Bidang Business Management) telah mengambil inisiatif yang lebih luas iaitu mengembangkan perniagaannya dengan mengadakan kolaberasi antara sekolah-sekolah di sekitar daerah Hulu Langat. Kami juga melebarkan satu lagi inisiatif iaitu berkolaberasi dengan Syarikat My-Sutera dan Masjid Hasanah untuk membuka lagi peluang kepada masyarakat membeli dan menempah baju sekolah dengan kami.
Dikesempatan ini, kami mengucapkan Jutaan Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang peringkat awal kepada Anak-anak untuk menyerlahkan bakat kemenjadian mereka dalam Bidang Keusahawanan. Banyak yang telah anak-anak belajar. Disamping itu juga, projek ini dapat membantu IbuAyah dan Guru membeli dengan mudah dan senang secara Online dan Offline (buka gerai di sekolah 2018).
Penghargaan Terima Kasih kepada IbuAyah dan Guru kerana membeli bersama kami dan memberi sokongan serta semangat kepada Anak-anak Kami. Kita sama-sama support Anak-anak yang meminati Bidang Keusahawan ini untuk meningkatkan 'Soft Skills' mereka di masa akan datang dan menjadi Pemangkin Kemajuan Ekonomi Negara Malaysia... In Shaa ALLAH... Aamiin...